LATAR BELAKANG
LATAR BELAKANG KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)
KPWKM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluas dan ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Penubuhan KPWK adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat semasa Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam Dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000 iaitu:
“Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini”
Selaras dengan penubuhan KPWK, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
Pada 27 Mac 2004, fungsi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan dan telah dipindahkan ke KPWK. Sehubungan itu, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Kini, KPWKM merupakan peneraju utama dalam pembangunan dan kesejahteraan wanita, keluarga dan masyarakat selaras dengan konsep Pembangunan Malaysia MADANI.

KPWKM mempunyai tujuh (7) buah Jabatan/Agensi di bawah pentadbirannya yang melaksanakan fungsi dan peranan berteraskan visi dan misi yang ditetapkan seperti berikut:







YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 3 Disember 2022 manakala YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 12 Disember 2023.
YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha pada 10 Mac 2021 dan dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif mulai 19 Februari 2025 serta Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi mulai 30 Januari 2023.
KPWKM terbahagi kepada Sektor Strategik, Sektor Operasi dan Unit-unit di bawah Ketua Setiausaha seperti berikut:

Sektor Strategik

Sektor Operasi

Unit-Unit di bawah KSU