SUMBANGAN KORPORAT
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa membuka ruang kerjasama kepada pihak korporat, swasta dan individu untuk menjalin hubungan strategik dalam menyokong agenda kebajikan serta pembangunan sosial negara. Melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN), KPWKM mengalu-alukan tajaan dan sumbangan daripada sektor korporat dan individu prihatin bagi memperkukuh pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan di seluruh negara. Kerjasama strategik bersama rakan korporat bukan sahaja memperluas capaian bantuan kepada mereka yang memerlukan, tetapi turut memperkukuh semangat tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke arah pembentukan masyarakat yang sejahtera, inklusif dan berdaya tahan.
Sumbangan & sokongan ikhlas anda akan membantu rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan berkeperluan seperti:
Kanak - Kanak
Wanita
Orang Kurang Upaya
Gelandangan
Orang - Orang Tidak Berkemampuan
Sila kemukakan salinan bukti sumbangan (resit bank) kepada pihak Yayasan Kebajikan Negara bagi melayakkan anda memperolehi resit pengecualian cukai dengan menghubungi talian 03-8323 2451.
