1. Apa itu Dasar
KASIH Keluarga Negara (DKKN)?
DKKN ialah dasar sosial baharu negara yang diterajui oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyokong agenda
Dasar Sosial Negara 2030 (DSN 2030).
Ia merupakan penambahbaikan kepada Dasar Keluarga Negara (DKN) 2010-2020, yang dirangka dengan pendekatan lebih responsif, inklusif, dan bersepadu. DKKN dibangunkan melalui lensa kitaran kehidupan keluarga, mengambil kira keperluan keluarga dari saat sebelum perkahwinan sehinggalah ke fasa warga emas.
2. Mengapa DKKN
diperkenalkan?
DKKN digubal sebagai respons terhadap perubahan demografi, peningkatan risiko sosial, ketidakseimbangan kerja-keluarga, isu kesihatan mental, perkembangan teknologi digital dan dinamika keluarga yang semakin kompleks. Dasar ini menggantikan DKN 2010–2020 dengan penambahbaikan yang lebih holistik, inklusif dan berasaskan bukti.
3. Apakah visi
DKKN?
Untuk membentuk keluarga yang sejahtera, inklusif dan berdaya tahan, seterusnya menyumbang kepada kestabilan sosial, keharmonian masyarakat dan pembangunan negara.
4. Apakah nilai
teras DKKN?
Teras dasar ini ialah prinsip nilai KASIH. KASIH merupakan akronim
kepada lima nilai bersama (common values) yang mencerminkan aspirasi rakyat
Malaysia:
K – Kasih Sayang
A – Akhlak
S – Sihat &
Selamat
I – Ilmu
H – Harmoni
Nilai ini menjadi panduan dalam membudayakan amalan kekeluargaan yang sihat di seluruh negara.
5. Siapa yang
menjadi kumpulan sasaran DKKN?
Dasar ini merangkumi semua bentuk dan struktur keluarga merentas umur, jantina, kaum dan lapisan sosioekonomi.
6. Apakah hala tuju
utama DKKN?
DKKN dipandu oleh empat hala tuju nasional:
1. Mengukuhkan nilai dan
hubungan kekeluargaan
2. Kesaksamaan hak &
tanggungjawab bersama dalam keluarga
3. Kemampanan & kualiti
hidup keluarga
4. Kelangsungan dan
kelestarian generasi masa hadapan
7. Apakah teras
strategik DKKN?
DKKN mempunyai lima teras:
1. Memartabatkan institusi perkahwinan dan
kekeluargaan
2. Memperkasakan perancangan keluarga
3. Meningkatkan kualiti keibubapaan
4. Menyokong keluarga secara inklusif
5. Memperbaiki pengurusan konflik keluarga
8. Adakah pemboleh
daya DKKN?
Tiga Pemboleh Daya (Enablers):
1. Portal
Keluarga Bahagia: Menjadi one stop centre untuk maklumat dan khidmat sokongan
keluarga.
2. Family
Impact Assessment (FIA): Mengintegrasikan penilaian impak keluarga dalam
penggubalan semua dasar kerajaan.
3. Kajian
Insentif: Membangunkan mekanisme dan insentif perkahwinan serta kekeluargaan
yang mampan.
9. Apakah peranan
pemboleh daya dalam DKKN?
Tiga pemboleh daya utama ialah:
1. Portal Keluarga Bahagia
(One Stop Centre) – maklumat, sokongan & insentif
2. Family Impact Assessment
(FIA) – menilai kesan dasar terhadap keluarga
3. Kajian Mekanisme &
Insentif Keluarga Nasional – merangka sokongan jangka panjang
10. Bagaimana DKKN
dilaksanakan?
Pelaksanaan melalui Pelan Tindakan Keluarga Negara (PTKN) 2026–2030,
merangkumi program, intervensi dan inisiatif rentas kementerian, kerajaan
negeri, PBT, sektor swasta, NGO dan komuniti.
PTKN 2026-2030 ialah pelan tindakan khusus yang menterjemahkan DKKN kepada program dan inisiatif yang boleh dilaksanakan. Ia mengandungi 16 Strategi dan 43 Tindakan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.
12. Bagaimana DKKN
diselaraskan dengan RMK-13 dan DSN 2030?
DKKN adalah dasar nasional di bawah kluster sosial RMK-13 dan menyokong aspirasi Dasar Sosial Negara 2030 (DSN 2030) dengan memberi fokus kepada kesejahteraan keluarga, daya tahan sosial dan pembangunan modal insan.
13. Bagaimana saya
boleh mengakses maklumat tentang DKKN?
Dokumen penuh DKKN dan PTKN boleh dimuat turun melalui:
- Portal KPWKM
- Portal LPPKN
- “Portal Keluarga Bahagia” (akan ditambah baik
sebagai pusat sehenti)
14. Siapakah yang
akan menjayakan DKKN?
Kejayaan DKKN adalah komitmen nasional. Ia memerlukan kerjasama
strategik dan kolektif daripada semua pihak, termasuk:
•
Agensi Kerajaan (Persekutuan dan Negeri)
•
Pihak Swasta
•
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
•
Ahli Akademik
• Komuniti dan setiap keluarga
15. Apakah manfaat DKKN kepada rakyat?
Pelaksanaan Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) bermatlamat untuk memberi manfaat secara langsung kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif yang menyeluruh. Rakyat akan mendapat akses yang lebih mudah kepada pelbagai bentuk sokongan keluarga, termasuk bantuan pengurusan konflik dan perkhidmatan kaunseling. Dasar ini turut menekankan pemerkasaan institusi keluarga melalui program keibubapaan dan kekeluargaan, di samping menyediakan sokongan khusus untuk perancangan keluarga dan kesuburan. Secara kolektif, DKKN dirangka untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga yang lebih seimbang di Malaysia.
16. Bagaimana DKKN
menyumbang kepada pembangunan negara?
Institusi keluarga yang stabil merupakan pemangkin kepada pembentukan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Ia melahirkan generasi berdaya tahan
serta modal insan berkualiti, yang seterusnya menjadi teras kepada kemakmuran
dan daya saing negara.
KasihnITa bertindak sebagai platform kepada ibu tunggal untuk menyemai dan meningkatkan motivasi dalam kalangan ibu tunggal, meningkatkan keupayaan ibu tunggal untuk berdikari dan mengurus kehidupan dengan lebih yakin, menggalakkan ibu tunggal menjadi lebih berdaya saing dan menggalakkan ibu tunggal sebagai agen perubahan dalam komuniti.
KasihnITa bukan program berbentuk bantuan kewangan. Daripada data yang ada, kita dapati ibu tunggal menghadapi kesukaran dalam menguruskan kewangan keluarga, menuntut hak-hak selepas perceraian dan seterusnya membawa kepada terjejasnya kesejahteraan psikologi mereka. Justeru, KPWKM melalui JPW mengambil inisiatif reformasi untuk memperkenalkan program ini dengan tiga (3) aspek utama iaitu modul kemahiran perundangan, modul pengurusan kewangan dan modul pembangunan potensi menjadi pilihan solusi yang praktikal kepada ibu tunggal.
Program ini mula dilaksanakan secara rintis pada tahun 2023 di Lembah Klang dengan nama PROKIT, dengan penglibatan 300 orang peserta dari kalangan ibu tunggal. Pada tahun 2024, PROKIT sekali lagi dilaksanakan secara berfokus kepada ibu tunggal di Sarawak, juga dengan penglibatan 300 orang. JPW menggunapakai peruntukan sedia ada pada kedua-dua tahun tersebut. Dengan kesungguhan dan hasil program yang ditunjukkan, maka Kerajaan melalui inisiatif belanjawan 2025 telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.6juta untuk pelaksanaan program ini di seluruh negara dengan sasaran penglibatan ibu tunggal seramai 1500 orang meliputi 6 zon iaitu zon utara, zon timur, zon tengah, zon selatan, zon Sabah serta zon Sarawak. Nama PROKIT telah dipersetujui untuk dijenama semula kepada nama yang lebih memberi nilai dan makna iaitu kasihnITa, kasih kepada wanita dan ibu tunggal.
Semestinya seorang ibu tunggal, warganegaraMalaysia dan menghadapi masalah berkaitan kewangan, perundangan atau potensi diri.
Program ini mengambil masa sehingga 6 bulan meliputi fasa advokasi, pembangunan dan pementoran. Alhamdulillah, setelah dua kali menjadi program rintis, kali ini ia dijadikan program utama kementerian dan insyaAllah berterusan menjadi pilihan para ibu tunggal.
