Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Apakah Talian Kasih?
1. Apakah Talian Kasih?



Mengenai Fungsi Talian Kasih

- Untuk makluman pihak tuan/puan, pengoperasian Talian Kasih adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Pihak Talian Kasih memberikan perkhidmatan kecemasan dan pertanyaan serta aduan mengenai:
1. Penderaan
2. Pengabaian
3. Keganasan rumah tangga
4. Masalah juvana/kanak-kanak
5. Kemiskinan
6. Ibu tunggal
7. Orang kurang upaya (OKU)
8. Skim Bantuan Kebajikan
9. Perkhidmatan kaunseling
10 Perkhimatan TAGS

- Perkhidmatan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Yayasan Kebajikan Negara (YKN),
Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan Institut Sosial Malaysia (ISM).
Pertanyaan Mengenai Aduan Kes Keganasan Rumah Tangga
Pertanyaan Mengenai Aduan Kes Keganasan Rumah Tangga

Jenis Aduan: Penderaan/Penganiayaan

- Sekiranya pihak tuan/puan ingin membuat aduan kes keganasan rumah tangga di peringkat Talian Kasih, mohon disertakan maklumat seperti berikut:
1. Nama mangsa;
2. Alamat rumah mangsa;
3. Nama pelaku;
4. Hubungan mangsa dengan pelaku; dan
5. Butiran mengenai keganasan yang berlaku.

- Butiran lanjut mengenai keganasan terbabit adalah disarankan untuk disertakan bersama lampiran gambar atau video penderaan terbabit jika ada.
Pertanyaan Mengenai Aduan Gelandangan
Jenis Aduan: Gelandangan/Pengemis

- Sekiranya pihak tuan/puan ingin membuat aduan gelandang di peringkat Talian Kasih, mohon berikan maklumat yang berikut untuk dilampirkan di dalam aduan tersebut:
1. Lokasi gelandangan; dan
2. Butiran lanjut mengenai gelandangan terbabit.

- Butiran lanjut mengenai gelandangan terbabit adalah disarankan untuk disertakan bersama lampiran gambar atau video penderaan terbabit jika ada.
Pertanyaan Mengenai Aduan Kes Pengabaian/Penderaan Kanak-Kanak/OKU/Warga Emas
Jenis Aduan: Penderaan/Penganiayaan

- Sekiranya pihak tuan/puan ingin membuat aduan kes pengabaian/penderaan kanak-kanak/oku/warga emas di peringkat Talian Kasih, mohon berikan maklumat yang berikut untuk dilampirkan di dalam aduan tersebut:
1. Nama mangsa;
2. Alamat rumah mangsa;
3. Nama pelaku;
4. Hubungan mangsa dengan pelaku; dan
5. Butiran mengenai pengabaian/ penderaan yang berlaku:
Pertanyaan Semakan Bantuan
 Jenis Aduan: Bantuan Kebajikan

- Pihak Talian Kasih telah membuat semakan berkaitan bantuan tersebut dan mendapati bantuan tersebut BELUM DIKREDITKAN lagi. Pihak tuan/puan disarankan supaya menunggu sehingga 15hb setiap bulan sebelum menghubungi semula pihak Talian Kasih (TK) di talian 15999 untuk membuat semakan semula.

- Untuk makluman tuan/puan, anggaran kemasukan bantuan JKM bermula daripada 1-15hb pada setiap bulan. Terima kasih.

- Pihak tuan/puan disarankan supaya menunggu sehingga 10hb setiap bulan sebelum menghubungi semula pihak Talian Kasih (TK) di talian 15999 atau pertanyaan semakan di Aplikasi Mobile Talian Kasih untuk membuat semakan semula.
Pertanyaan Permohonan Bantuan JKM bulanan dan Bantuan Segera
Jenis Aduan: Bantuan Kebajikan/Fakir Miskin

- Untuk makluman tuan/puan bantuan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah berbentuk bantuan kewangan. Namun begitu, permohonan boleh dibuat dengan menggunakan 3 kaedah iaitu:

1. Secara atas talian menerusi link ini: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
2. Mengambil borang yang bernama JKM 18 di mana-mana JKM yang berhampiran. Isi maklumat dengan lengkap & hantarkan semula borang tersebut beserta dengan dokumen sampingan yang diperlukan kepada JKM tersebut.
3. Memuat turun borang JKM 18 menerusi laman sesawang JKM: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018.pdf
Sekiranya layak, pihak tuan/puan akan diberikan bantuan tersebut secara bulanan sepanjang satu tahun.
4. Permohonan bantuan segera melalui aplikasi mobil. Bantuan akan dipertimbangkan setelah siasatan selesai.


Pertanyaan Permohonan Kaunseling
 Jenis Aduan: Tekanan Emosi

- Untuk makluman sesi kaunseling dibawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mempunyai prosedur berikut:
1. Sesi kaunseling secara bersemuka dengan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berhampiran dengan kediaman tuan/puan. Boleh hubungi terlebih dahulu pihak JKM untuk bertanyakan tentang slot lapang kaunselor untuk menempah temujanji terlebih dahulu. Permohonan melalui aplikasi mobile juga boleh dibuat untuk kaunseling bersemuka.
2. Selain itu, tuan/puan juga boleh menghubungi Talian Kasih di talian 15999 (panggilan percuma dan 24 jam) bagi membuat permohonan khidmat kaunseling ATAU membuat permohonan kaunseling dalam Aplikasi Talian Kasih.
Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan seksual?

Gangguan seksual adalah apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya.

Adakah TAGS mempunyai kuasa perundangan untuk menyiasat aduan pengadu?

TAGS tidak mempunyai bidang kuasa perundangan di bawah Akta 840 untuk bertindak atas sesuatu aduan. TAGS menyediakan satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil dengan cara yang mudah, murah dan cepat untuk mangsa gangguan seksual mengambil tindakan terhadap pelaku gangguan seksual bagi mendapatkan tebus rugi di atas kehilangan atau apa-apa kerosakan yang ditanggung oleh mangsa akibat daripada gangguan seksual yang dialami.

Bolehkah isu yang sama difailkan mahkamah dan juga di TAGS?

Tidak boleh kerana hanya satu forum yang boleh mendengar dan memutuskan kes aduan gangguan seksual pada satu-satu masa, melainkan tuntutan sivil di mahkamah ditarik balik atau isu yang yang dibicarakan di mahkamah adalah berkenaan pendakwaan jenayah sahaja.

ATAS
Accessbility Option