Siapa sahaja yang menepati kriteria ibu tunggal, mereka adalah sasaran KasihnITa.
i. semua individu yang menjadi mangsa gangguan seksual;
ii.
jika
mangsa tersebut belum mencapai umur 18 tahun, boleh diwakilkan oleh sahabat
wakil atau penjaga ad litem; atau
iii.
jika
mangsa tersebut seorang yang tidak berkeupayaan, boleh diwakilkan oleh sahabat
wakil atau penjaga ad litem.
Jumlah maksimum yang boleh dituntut ialah RM250,000.00.
Ibu tunggal sangat penting dan strategik dalam pembangunan masyarakat dan negara. Mereka sebagai pemangkin kesejahteraan keluarga dengan menjadi ketua isi rumah. Mereka juga ejen pembangunan social yang menjadi teladan kekuatan wanita dalam komuniti. Mereka juga menyumbang kepada ekonomi melalui penyertaan dalam tenaga kerja. Mereka adalah peran penting dalam pembentukan modal insan negara yang berdaya tahan, berpendidikan dan bermoral tinggi. Mereka adalah kumpulan sasar dalam dasar wanita negara.
Tidak
boleh. Aduan hanya boleh dibuat bagi perbuatan gangguan seksual yang berlaku
pada atau selepas 8 Mac 2024. Namun demikian, tindakan sivil boleh difailkan di
mahkamah tertakluk kepada Akta Had Masa 1953.
Tidak. Kegagalan mematuhi award merupakan satu kesalahan
jenayah di bawah seksyen 21 Akta 840. Proses siasatan dan pendakwaan akan
dikendalikan oleh pihak PDRM dan hanya mahkamah sahaja yang mempunyai bidang
kuasa untuk membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman.
Mana-mana mangsa atau pun sahabat wakil/penjaga ad litem
bagi mangsa yang belum mencapai umur 18 tahun ataupun individu yang tidak
berkeupayaan boleh memfailkan aduan gangguan seksual di TAGS dengan mengisi borang
aduan melalui Borang 1. Borang 1 boleh didapati di kaunter pejabat TAGS ataupun
dimuat turun di laman web KPWKM. Pengadu hendaklah mengisi 4 salinan Borang 1
dan memfailkannya di kaunter TAGS.
Kaunter
Tribunal bagi Antigangguan
Seksual (TAGS)
Aras G, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
No. 55, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8323 2279
Waktu urusan kaunter :
Isnin – Jumaat : 9.00 pagi – 4.30 petang
Rehat :
Isnin – Khamis : 1.00 tengah hari – 2.00 petang
Jumaat : 12.15 tengah hari – 2.45 petang
Setiap pemfailan Borang 1 dikenakan bayaran RM30.00.
i. TAGS akan memeteraikan Borang 1 dan akan meletakkan tarikh serta menandatangani Borang 1;
ii.
Dua (2)
salinan Borang 1 yang telah dimeterai akan dipulangkan kepada pengadu. Satu (1)
salinan untuk simpanan pengadu dan satu (1) salinan lagi untuk pengadu serahkan
kepada responden; dan
iii.
Dua (2)
salinan Borang 1 akan disimpan oleh TAGS.