Bagi keadaan sedemikian, pegawai dinasihat untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya untuk membuat keputusan. Tindakan sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu. (Rujuk perenggan 6 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Kelab Sukan dan Kebajikan tidak boleh memohon atau menerima apa-apa sumbangan secara terus daripada penyumbang samada orang perseorangan atau swasta. Ia perlu melalui Majlis Sukan dan Kebajikan (MAKSAK), yang kemudian mengagihkan sumbangan atau peruntukan masing-masing. (Rujuk perenggan 21 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bertujuan untuk membanteras rasuah dan salah laku dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan yang tidak wajar dalam sektor awam dan swasta. Ia juga melindungi individu yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan.
Di samping itu Akta ini juga mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.
Jenis-aduan aduan adalah berkaitan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi oleh pegawai dan kakitangan. Semua aduan akan diambil tindakan dan maklumat pengadu akan dirahsiakan.
Aduan yang melibatkan integriti adalah menumpukan kepada isu-isu yang berkait rapat dengan kesalahan rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa pegawai dan kakitangan.
Aduan berhubung integriti boleh disalurkan dengan menghantar emel secara terus kepada Unit Integriti KPWKM dengan menaip whistleblower@kpwkm.gov.my atau hadir sendiri ke pejabat Unit Integriti di Aras 26, KPWKM.
Ya. Salah laku tersebut masih di bawah bidang kuasa Unit Integriti dan aduan boleh disalurkan terus seperti mana cara yang diperjelaskan di dalam soalan ke- 17.
Ya, boleh. Ini kerana aduan-aduan tersebut akan diambil tindakan setelah saringan dibuat dan Unit Integriti akan menyalurkan aduan-aduan tersebut kepada agensi-agensi penguatkuasa yang berkenaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk diambil tindakan terhadap semua aduan-aduan tersebut.
Objektif penubuhan Unit Integriti adalah untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus bertujuan supaya ia dapat dilaksanakan dengan secara lebih fokus dan terancang, agar elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dapat dikuatkuasakan secara efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.
TAGS mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan
menentukan apa-apa aduan gangguan seksual sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen
2 Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840).