Mengikut kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, terdapat enam (6) fungsi teras Unit Integriti iaitu :-
Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
Pengesanan dan Pengesahan
Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil serta melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
Antaranya agar pentadbiran Kerajaan dan perkhidmatan awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang tinggi melalui pembudayaan dan pengamalan nilai – nilai murni dan etika dapat diwujudkan.
Pelaksanaannya adalah berdasarkan enam (6) terma rujukan JITU (Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014).
Jika ketidakhadiran itu merupakan kesalahan tatatertib, tindakan hendaklah dimulakan sebaik-baik sahaja pegawai melakukan kesalahan tersebut tanpa menunggu sehingga jumlah hari yang mereka tidak hadir itu mencapai jumlah tertentu.
Tiada disebut tempoh yang boleh dikatakan Tidak Hadir Bertugas di dalam Peraturan. Mengikut Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.
Tuduhan yang sesuai dikenakan kepada pegawai ialah TIDAK HADIR BERTUGAS. Jika tuduhan ini boleh dibuktikan melalui saksi dan bukti berdokumen yang lain (jika ada) yang dapat memperlihatkan tempoh masa beliau tidak bertugas, kesalahan ini sama seriusnya dengan kesalahan tidak hadir bertugas.
Semua warga KPWKM, Jabatan dan agensi KPWKM dikehendaki membaca, mengakui dan mematuhi Kod Etika KPWKM yang selaras dengan undang-undang sedia ada.