LENSA KPWKM

SESI PENYEDIAAN MAKLUM BALAS SEGERA BAGI DIALOG KONSTRUKTIF LAPORAN BERKALA KEDUA HINGGA KEEMPAT KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK (CRC)

Mesyuarat      22 Januari 2026      Kuala Lumpur    

Sesi Penyediaan Maklum Balas Segera Bagi Dialog Konstruktif Laporan Berkala Kedua Hingga Keempat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Untuk Pasukan Malaysia di Geneva

22 Januari 2026

Selari dengan berlangsungnya Dialog Konstruktif Laporan Berkala Kedua Hingga Keempat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) di Geneva, pasukan sokongan di Malaysia turut digerakkan bagi memastikan maklum balas yang komprehensif dapat disediakan mengikut waktu di Geneva.

Sesi penyediaan maklum balas yang diadakan secara berpusat ini diketuai oleh Encik Asmar Asmadi Abdullah, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPWKM serta disertai oleh lebih 65 wakil pelbagai kementerian, jabatan dan agensi, termasuk dari Sabah dan Sarawak menjadikannya satu usaha kolaboratif nasional yang tersusun dan cekap demi memastikan suara dan komitmen Malaysia dalam isu hak kanak-kanak dapat dipersembahkan dengan jelas di peringkat antarabangsa.

ATAS
Accessbility Option