LENSA KPWKM

ASEAN FAMILIES RESEARCH ROUNDTABLE

Program      29 Januari 2026      Singapura    

ASEAN Families Research Roundtable

ASEAN Families Research Roundtable telah berlangsung pada 29 Januari 2026 di Furama City Centre, Singapura. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Singapura bersama Singapore University Social Science (SUSS) dengan tujuan memperkukuh kefahaman mengenai landskap penyelidikan keluarga di rantau ASEAN serta mengukuhkan hubungan kolaboratif antara kerajaan dan institusi pengajian tinggi.

Malaysia telah diwakili oleh Encik Adzmel Mahmud, Pengarah Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri, Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Semasa program tersebut, Malaysia telah membentangkan dua kertas kerja seperti berikut:

(i)En. Adzmel Mahmud: Country Context and Family Research: Trends from Malaysia
(ii)Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri: Malaysia Family Research Ecosystem

Antara segmen utama yang dibincangkan dalam sesi ini termasuk:
• Perkongsian perkembangan semasa dalam penyelidikan keluarga
• Perbincangan mengenai ekosistem penyelidikan nasional
• Dialog kolaboratif mengenai keutamaan penyelidikan ASEAN pada masa hadapan

Penyertaan ini memperkukuh peranan Malaysia dalam mempelbagaikan wacana penyelidikan keluarga serantau serta membuka ruang kerjasama strategik bagi menetapkan agenda penyelidikan ASEAN yang lebih inklusif dan bersepadu khususnya dalam bidang berkaitan keluarga.

ATAS
Accessbility Option