LENSA KPWKM

SAMBUTAN HARI KANAK - KANAK TAHUN 2025 - HARI INI, SUARAKU

Program      23 November 2025      Kuala Lumpur    

SAMBUTAN HARI KANAK - KANAK TAHUN 2025 - HARI INI, SUARAKU

23 November 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 dengan perasmiannya disempurnakan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

“Hari Ini, Suaraku” merupakan tema sambutan pada kali ini yang telah menekankan kepentingan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menyuarakan pandangan, aspirasi dan peranan mereka dalam masyarakat. mendapat selaku penganjur bersama. Tema ini

Sambutan tersebut telah dimeriahkan dengan lebih 1,000 orang kanak-kanak dari seluruh negara dengan pelbagai aktiviti menarik kerjasama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) termasuk pameran kesedaran, permainan interaktif, sukan, aktiviti seni dan sesi pendidikan yang direka untuk membina keyakinan diri, kemahiran kepimpinan serta kreativiti kanak-kanak.

Bersempena dengan sambutan kali ini, Program Advokasi Kanak-Kanak telah mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai ‘The Largest Child Protection Advocacy Programme’ yang pernah dilaksanakan oleh sesebuah Jabatan dengan penyertaan seramai 128,148 kanak-kanak. Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen dan dedikasi KPWKM dalam memperkasa agenda advokasi demi kesejahteraan kanak-kanak di negara ini.

ATAS
Accessbility Option