LENSA KPWKM

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Latihan      4 November 2026      KPWKM    

Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

4 November 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama anggota-anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya telah melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) bertempat di Bangunan KPWKM, Putrajaya.

Latihan ini bertujuan memberi latihan praktikal kepada warga KPWKM berkenaan cara-cara menghadapi bencana kebakaran dan tatacara keselamatan yang betul sebagai satu bentuk persediaan bagi menghadapi risiko kebakaran atau kecemasan yang sebenar.

Latihan bermula setelah penggera diaktifkan pada jam 9.30 pagi dan melibatkan seramai 1,108 orang termasuk pegawai, pelawat dan mangsa simulasi.

Latihan seumpama ini bukan sahaja meningkatkan kesiapsiagaan warga KPWKM dalam menghadapi situasi kecemasan kebakaran, malah membantu menilai dan menambah baik keberkesanan prosedur pengungsian bangunan.

ATAS
Accessbility Option