LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN WARGA EMAS BERSAMA-SAMA DENGAN MAJLIS PENASIHAT DAN PERUNDINGAN WARGA EMAS NEGARA SIRI 1

Program      2 November 2026      Putrajaya    

Sesi Libat Urus Rang Undang-Undang Perlindungan Warga Emas Bersama-Sama dengan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara Siri 1

2 November 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Warga Emas bersama-sama dengan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) bagi mendapatkan maklum balas terhadap cadangan ketetapan dasar RUU tersebut.

Sesi yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Daud Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPWKM ini antara lain menggariskan bahawa perundangan baharu perlu mengutamakan kelestarian nilai kekeluargaan serta kesedaran sivik, berbanding pendekatan punitif atau menghukum.

Bagi memperkemas draf penggubalan RUU ini,Kementerian dijangka akan memperluas siri libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pemain industri menjelang hujung tahun ini.

ATAS
Accessbility Option