LENSA KPWKM

PEYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN KASIH PRIHATIN YKN KEPADA TABUNG JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SABAH

Lawatan      28 April 2026      Sabah    

Penyerahan Sumbangan Bantuan KASIH Prihatin YKN Kepada Tabung Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah

28 April 2026

Penyerahan sumbangan Bantuan KASIH Prihatin berjumlah RM200,000 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada Tabung Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menjadi simbol komitmen berterusan dalam membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan baru-baru ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri KPWKM merangkap Pengerusi YKN kepada jawatankuasa berkenaan melalui YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Peranan KPWKM dan YKN dalam situasi ini jelas terserlah apabila kedua-duanya bertindak pantas menyelaras bantuan kepada mangsa terjejas. Selain memastikan penyaluran bantuan kewangan secara tersusun melalui tabung bencana negeri, YKN turut berperanan sebagai penghubung kepada sumbangan orang ramai, manakala KPWKM melalui agensinya memastikan kebajikan mangsa terus terpelihara termasuk sokongan di pusat pemindahan sementara serta keperluan asas keluarga yang terkesan.

Inisiatif ini mencerminkan pendekatan menyeluruh Kerajaan dalam pengurusan kebajikan semasa bencana dan bukan sahaja memberi bantuan segera, tetapi juga memastikan kesinambungan sokongan kepada mangsa agar mereka dapat bangkit semula dengan lebih terjamin.

Turut hadir sama Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Puan Rosmahwati Ishak.

ATAS
Accessbility Option