LENSA KPWKM

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KPKWM BILANGAN 9 TAHUN 2025

Program      23 September 2025      KPWKM    

Majlis Perhimpunan Bulanan KPKWM Bilangan 9 Tahun 2025

23 September 2025

Majlis Perhimpunan Bulanan KPKWM Bilangan 9 Tahun 2025 yang diurusetiakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah diadakan pada hari ini dengan mengangkat tema “Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nadi Perpaduan Malaysia MADANI”. Tema ini dipilih bagi mencerminkan tunjang perpaduan yang menjadi asas kukuh dalam menjamin keharmonian dan kestabilan negara.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam ucapannya mengingatkan setiap warga KPWKM untuk sentiasa menunjukkan contoh teladan terbaik, saling bekerjasama tanpa mengira perbezaan serta mengamalkan nilai-nilai positif sebagai sebuah “Keluarga Besar KPWKM” yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat. Beliau turut berkongsi pencapaian serta inisiatif yang telah dilaksanakan KPWKM bersama Jabatan dan Agensi di bawahnya sepanjang bulan Ogos dan September antaranya:

-Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2026 bagi mendapatkan cadangan dan input agar belanjawan dapat dirangka secara lebih inklusif, adil dan berkesan.

-KPWKM melakar sejarah dengan melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Wanita, Keamanan dan Keselamatan 2025 - 2030 (NAP WPS 2025 - 2030) bersempena 2025 ASEAN Women, Peace and Security (WPS) Summit.

-Kementerian diberi penghormatan untuk merasmikan 2nd Asia Oceania Society of Paediatric and Adolescent Gynaecology (AOSPAG) dalam usaha untuk membina sistem perlindungan yang lebih kukuh.

Setiap kejayaan dan pencapaian yang dikecapi adalah hasil sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh setiap warga KPWKM. Semoga perpaduan dan kebersamaan yang terjalin dalam kalangan warga KPWKM dapat dikekalkan bagi menjayakan misi kementerian memperkasa golongan wanita, memperkukuh institusi keluarga dan membela kebajikan masyarakat.

ATAS
Accessbility Option