ASEAN+3 Regional Conference on Integration Policy in Fostering an Inclusive Ageing Society Through an Intergenerational Approach
11 Jun 2025
ASEAN+3 Regional Conference on Integration Policy in Fostering an Inclusive Ageing Society Through an Intergenerational Approach telah diadakan pada 11 Jun 2025 di Bangkok, Thailand. Persidangan ini dianjurkan oleh Department of Older Persons, Ministry of Social Development and Human Security, Thailand dengan kerjasama Chulalongkorn University, Thailand.
Objektif persidangan adalah untuk mengkaji cabaran dan peluang dalam pelaksanaan pendekatan intergenerasi di negara ASEAN+3, berkongsi amalan terbaik dalam dasar penuaan inklusif, mengukuhkan kerjasama serantau dalam menyokong penuaan aktif dan mencadangkan strategi dasar penuaan inklusif di rantau ini.
Persidangan ini telah dihadiri oleh wakil Kementerian iaitu Puan Nazmiyah Binti Jamaludin, dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Sewaktu persidangan, beliau telah menyampaikan pembentangan mengenai “Integration Policy in Fostering an Inclusive Ageing Society through an Intergenerational Approach in Malaysia”.
Antara dapatan persidangan ialah berikutan situasi peningkatan penuaan pantas populasi di negara ASEAN+3, terdapat keperluan untuk mewujudkan sistem penjagaan jangka panjang (LTC) yang inklusif, berpatutan, mudah akses dan mampan. Oleh itu tindakan seperti pengukuhan institusi dan pembangunan kapasiti perlu dilaksanakan.
Selain itu, terdapat juga keperluan terhadap pengukuhan pengintegrasian dasar intergenerasi dalam pendidikan, program komuniti dan kemudahan infrastruktur untuk mewujudkan dasar penuaan yang inklusif.