LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT OLEH PERSATUAN WANITA DAN PENIAGAWATI DENAI ALAM, ELMINA DAN SUBANG (PWP-DES) KEPADA YBTM KPWKM

Mesyuarat      13 Mac 2026      KPWKM    

Kunjungan Hormat oleh Persatuan Wanita dan Peniagawati Denai Alam, Elmina dan Subang (PWP-DES) ke KPWKM

13 Mac 2026

Hari ini, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Wanita dan Peniagawati Denai Alam, Elmina dan Subang (PWP-DES).

Kunjungan hormat ini menjadi platform bagi bertukar pandangan, berkongsi idea serta menyampaikan aspirasi dalam usaha memperkasa wanita, terutamanya dalam bidang keusahawanan, pembangunan komuniti dan keterlibatan sosial dalam kalangan wanita. Komitmen serta semangat yang ditunjukkan oleh persatuan seperti PWP-DES ini amat penting dalam memperkukuh peranan wanita sebagai pemacu kemajuan masyarakat dan pembangunan negara.

Dalam sesi pertemuan ini, pelbagai isu dan peluang telah dibincangkan, termasuk program pembangunan ekonomi untuk wanita, sokongan keusahawanan serta inisiatif komuniti yang dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat terutamanya kepada golongan wanita. Pertemuan sebegini juga membuka ruang untuk meningkatkan kerjasama antara KPWKM dan persatuan wanita, bagi memastikan pelaksanaan inisiatif dan program dapat memberi manfaat secara lebih meluas.

Diharapkan pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berterusan, sejajar dengan visi dan misi kementerian untul memartabatkan wanita serta memperkukuh pembangunan negara melalui penyertaan aktif wanita dalam semua bidang.

ATAS
Accessbility Option