Program Sentuhan Ihsan PUSPANITA Kebangsaan Ke Pusat Perkhidmatan Autisme, Bangi
18 Ogos 2026
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat berbesar hati menerima kehadiran YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan serta delegasi sempena Program Sentuhan Ihsan PUSPANITA Kebangsaan Ke Pusat Perkhidmatan Autisme, Bangi.
Program ini dianjurkan oleh PUSPANITA Kebangsaan bertujuan untuk mengetengahkan inisiatif KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat berkenaan keperluan pembelajaran individu autisme selain dapat memupuk nilai empati, kesukarelawan dan sokongan sosial terhadap golongan istimewa ini.
Turut hadir ke program ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs Puan Fatimah Zuraidah Salleh Pengerusi Biro Kebajikan dan Kesukarelawan, YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPWKM, YBrs. Puan Nordina Binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Dan YBrs. Tuan Haji Azmir bin Kassim (Pengarah JKMN Selangor).