LENSA KPWKM

KPWKM TERUS CAKNA TERHADAP KEPENTINGAN DAN KESEJAHTERAAN KUMPULAN SASAR MELALUI PELAKSANAAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN

Mesyuarat      19 Oktober 2026      KPWKM    

KPWKM TERUS CAKNA TERHADAP KEPENTINGAN DAN KESEJAHTERAAN KUMPULAN SASAR MELALUI PELAKSANAAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN

19 Oktober 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited memastikan pelaksanaan program dan projek pembangunan memberi manfaat kepada kumpulan sasar, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Komitmen ini diterjemahkan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) KPWKM Bilangan 10 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.

Mesyuarat JTPK juga memberikan tumpuan kepada pemantauan prestasi, penyelarasan pelaksanaan serta penelitian isu dan cabaran melibatkan 51 program dan projek pembangunan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) Tahun 2026, termasuk inisiatif di bawah Program Cakna MADANI dan Peruntukan B.11.

Penekanan turut diberikan terhadap keperluan mempercepat tindakan penyelesaian isu pelaksanaan, memperkukuh kerjasama antara jabatan/agensi serta memastikan setiap program dan projek pembangunan dilaksanakan secara berkesan dan menepati keperluan sebenar kumpulan sasar.

Usaha berterusan ini mencerminkan iltizam KPWKM untuk memastikan setiap perancangan pembangunan diterjemahkan kepada kemudahan, perkhidmatan dan sokongan sosial yang berkualiti agar manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh kumpulan sasar secara menyeluruh.

Turut hadir ialah wakil Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) serta JKR Sarawak.

ATAS
Accessbility Option