LENSA KPWKM

LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI KPWKM KE KOMPLEKS PENYAYANG KEMPAS (KPK) JOHOR BAHRU

Program      18 Mei 2026      Johor    

Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri KPWKM Ke Kompleks Penyayang Kempas (KPK) Johor Bahru

18 Mei 2026

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah mengadakan lawatan ke Kompleks Penyayang Kempas (KPK) Johor Bahru bagi melihat pengoperasian kompleks ini yang telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2024. Penerangan ringkas telah disampaikan oleh YBrs Encik Ahmad Hashim Bin Selamat, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.

Bagi memudahkan masyarakat mendapatkan pelbagai perkhidmatan sosial, kompleks ini menempatkan tiga agensi di bawah satu bumbung iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), selain turut menempatkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Johor Bahru, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pulai, Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK). Kompleks ini turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti, termasuk Dewan Utama, TASKA dan TADIKA serta beberapa fasiliti rekreasi seperti Gelanggang Futsal dan Wall Climbing.

YB Timbalan Menteri dalam ucapannya mengingatkan para petugas untuk bekerja dengan penuh dedikasi dan mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalakan tanggungjawab masing-masing.

KPWKM sentiasa komited memastikan tiada golongan yang terpinggir. Projek Kompleks Penyayang Kempas ini merupakan usaha KPWKM bagi merakyatkan penyampaian perkhidmatan, sekali gus mencerminkan sinergi erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasakan agenda kebajikan dan pembangunan sosial.

ATAS
Accessbility Option