EKSPLORASI BAHASA 2026: KEMBALI KE ZAMAN SILAM
29 Oktober 2026
Suasana penuh keterujaan dan semangat mewarnai program Eksplorasi Bahasa KPWKM 2026!
Seramai 5 kumpulan telah menyahut cabaran di 6 stesen yang menguji pengetahuan bahasa, kreativiti dan kerjasama berpasukan. Tidak ketinggalan, laungan semangat daripada setiap kumpulan turut menyerikan perjalanan aktiviti ini!
Semoga program ini terus menjadi platform untuk memupuk minat terhadap bahasa kebangsaan serta menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga KPWKM.