LENSA KPWKM

SESI PEMBENTANGAN DAN TANDATANGAN PENYATA KEWANGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM) BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025

Aktiviti      24 April 2026      KPWKM    

SESI PEMBENTANGAN DAN TANDATANGAN PENYATA KEWANGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM) BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025

24 April 2026

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) hari ini telah menyempurnakan Sesi Menandatangani Penyata Kewangan KPWKM (Pra-Peralihan) bagi tahun berakhir 31 Disember 2025.

Penyata Kewangan tersebut terlebih dahulu dibentangkan oleh YBrs. Puan Saadiah Binti Yaacob, Setiausaha Bahagian Akaun KPWKM dalam satu sesi yang turut dihadiri oleh YBhg. Datin Safida Zalma Binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) serta pegawai dari Bahagian Akaun, KPWKM. Turut serta dalam sesi tersebut adalah Akauntan dari Bahagian Kewangan KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita.

Agenda ini menggambarkan komitmen berterusan pengurusan tertinggi kementerian dalam memastikan tadbir urus kewangan awam yang berakauntabiliti dan berintegriti. Ia juga adalah merupakan tekad KPWKM untuk sentiasa mengekalkan kualiti perakaunan dan pengurusan kewangan di tahap yang cemerlang ke arah memantapkan tadbir urus kewangan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan Penyata Kewangan KPWKM tahun 2025. Kejayaan menghasilkan Penyata Kewangan Kementerian dalam tempoh yang ditetapkan merupakan hasil daripada iltizam, dedikasi, komitmen serta kerjasama semua pihak khususnya pegawai perakaunan di Kementerian dan Jabatan di bawah KPWKM seluruh Malaysia bagi memastikan pengurusan perakaunan dan kewangan kementerian sentiasa berada pada tahap cemerlang.

ATAS
Accessbility Option