LENSA KPWKM

KPWKM PERHEBAT PEMANTAUAN 50 PROJEK PEMBANGUNAN DEMI MANFAAT RAKYAT

Program      21 Mei 2026      Kuala Lumpur    

KPWKM Perhebat Pemantauan 50 Projek Pembangunan Demi Manfaat Rakyat

21 Mei 2026

KPWKM terus memperhebat pemantauan ke atas pelaksanaan 50 program dan projek pembangunan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) Tahun 2026 bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan berteraskan kepentingan rakyat.

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) KPWKM Bilangan 5 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha, KPWKM telah meneliti secara mendalam kesemua status kemajuan program dan projek pembangunan sedia ada supaya pelaksanaannya sentiasa berada di landasan yang tepat, seiring dengan aspirasi Year of Fast Execution, Impactful Results.

Dalam masa yang sama, manfaat untuk rakyat merupakan keutamaan tertinggi KPWKM. Oleh itu, Kementerian sedang giat mempercepatkan pelaksanaan projek-projek Low-Hanging Fruits / Cakna MADANI yang berupaya memberikan hasil segera (quick wins). Komitmen ini jelas mencerminkan usaha serius KPWKM dalam memberikan impak positif yang nyata kepada kehidupan rakyat.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil Agensi Pusat daripada Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

ATAS
Accessbility Option