LENSA KPWKM

MAJLIS PENUTUP PERSIDANGAN KEPENDUDUKAN KEBANGSAAN 2026 (PERKKS26)

Program      4 November 2026      Kuala Lumpur    

Majlis Penutup Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 (PERKKS26)

4 November 2026

Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 yang telah diadakan pada 3–5 November 2026 menyaksikan pelbagai pembentangan penyelidikan, pertukaran pandangan dan perbincangan yang bermakna mengenai masa depan penduduk dan keluarga negara.

Bertemakan “Menilai Realiti Penduduk, Merangka Masa Depan Keluarga”, persidangan ini memainkan peranan penting dalam membantu penyelidik, pembuat dasar, pelaksana dan rakan industri memahami perubahan yang sedang berlaku dan membuat persediaan lebih awal.

Sebanyak 93 penulisan abstrak diterima merangkumi enam skop utama persidangan, selain menghimpunkan lebih 250 peserta daripada pelbagai latar belakang profesional dan institusi. Penyertaan yang menggalakkan ini mencerminkan minat, kepakaran dan komitmen pelbagai pihak untuk bersama-sama memperkukuh agenda kependudukan dan pembangunan keluarga negara.

Persidangan turut menyaksikan penyampaian Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik dan hadiah pertandingan poster penyelidikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan serta usaha para penyelidik.

Diharapkan segala perkongsian ilmu yang diketengahkan sepanjang persidangan ini berlangsung dapat terus dikembangkan, dikongsikan dan dimanfaatkan oleh lebih ramai pihak, sekali gus memperkukuh sokongan yang bersesuaian dan meningkatkan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

ATAS
Accessbility Option