Bengkel Pembangunan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2026-2030 (PTOKU 2026-2030)
26 September 2025
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2026-2030 (PTOKU 2026-2030) yang dirasmikan oleh Puan Nazmiyah binti Jamaludin, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KPWKM.
Bengkel Pembangunan PTOKU 2026-2030 ini melibatkan Anggota Lantikan (Individu) Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) serta wakil-wakil Kementerian dan Agensi Kerajaan. Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah untuk meneliti dan memuktamadkan cadangan program atau inisiatif di pihak Kementerian dan Agensi sebelum dimasukkan dalam PTOKU 2026-2030 sebagai hala tuju negara bagi tempoh lima tahun akan datang.
Penganjuran bengkel ini turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) dan Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA).