LENSA KPWKM

LAWATAN PEMANTAUAN KSU KPWKM KE KILANG PEMASANGAN BAS COASTER PUSAT KELUARGA BERGERAK (PKB) LPPKN

Lawatan      9 Julai 2026      Selangor    

Lawatan Pemantauan KSU KPWKM ke Kilang Pemasangan Bas Coaster Pusat Keluarga Bergerak (PKB) LPPKN

9 Julai 2026

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah mengadakan Lawatan Pemantauan ke Kilang Pemasangan Bas Coaster bagi Pusat Keluarga Bergerak (PKB) LPPKN di Kajang, Selangor. Lawatan Pemantauan tersebut bertujuan meninjau kemajuan pemasangan enam (6) buah bas coaster PKB LPPKN di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Tahun 2026.

Perolehan enam (6) buah bas coaster berkenaan merupakan antara inisiatif KPWKM di bawah Program Cakna MADANI bagi memperluas akses perkhidmatan kekeluargaan, kesihatan reproduktif dan sokongan komuniti kepada kumpulan sasar. PKB LPPKN ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2026.

PKB LPPKN ini akan diserahkan kepada Pejabat LPPKN Perlis, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sarawak bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan sedia ada serta memperluas capaian perkhidmatan kepada masyarakat, khususnya kumpulan sasar di kawasan luar bandar.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), YBrs. Encik Mohd Hanafee bin A Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN, YBrs. Puan Syahidatul Aazimah binti Ahmad Sidique, Setiausaha Bahagian Pembangunan, KPWKM dan wakil Kementerian Kewangan (MOF).

ATAS
Accessbility Option