LENSA KPWKM

SESI KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI YAYASAN SIME DARBY KEPADA YB MENTERI KPWKM

Mesyuarat      27 Oktober 2026      Kuala Lumpur    

SESI KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI YAYASAN SIME DARBY KEPADA YB MENTERI KPWKM

27 Oktober 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Sime Darby di Parlimen.

Pertemuan strategik ini memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama dalam memperkasa belia daripada institusi perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Inisiatif ini merangkumi sokongan kemahiran praktikal, pembinaan sahsiah, bimbingan kerjaya, serta peluang penempatan pekerjaan bagi membantu mereka berdikari selepas tamat tempoh perlindungan.

KPWKM menyambut baik usaha berimpak tinggi ini yang membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam membuka ruang dan peluang kehidupan yang lebih cerah kepada golongan sasar demi kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Pertemuan strategik ini turut disertai Puan Rosmahwati Ishak, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM dan Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif YKN.

ATAS
Accessbility Option