Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) ‘Sa Dengar, Sa Tulung Bah’
18 Mei 2025
Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) memainkan peranan penting dalam menyediakan khidmat psikososial kepada masyarakat.
KPWKM melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini telah menganjurkan Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) ‘Sa Dengar, Sa Tulung Bah’ yang diadakan di Dewan Terbuka Majlis Perbandaran Penampang sebagai sebahagian daripada pengisian program Kembara KASIH KPWKM 2025. Kami juga berbesar hati menerima kunjungan YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Pusat Sokongan Sosial Setempat Bergerak YKN dan beliau turut menyarungkan ‘vest’ kepada wakil-wakil kaunselor berdaftar.
Antara perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sokongan Sosial Setempat ini ialah khidmat kaunseling dan sokongan psikososial secara profesional dengan tujuan untuk membantu individu-individu yang menghadapi cabaran dalam menguruskan sosial dan emosi.
Diharapkan inisiatif seumpama ini akan terus diperluas ke seluruh negara bagi memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan.