LENSA KPWKM

MESYUARAT KICK OFF TERAS DASAR SOSIAL NEGARA

Mesyuarat      16 Mac 2026      KPWKM    

Mesyuarat Kick Off Teras Dasar Sosial Negara

16 Mac 2026

Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mempengerusikan Mesyuarat Kick Off Teras Dasar Sosial Negara 2030 yang dihadiri oleh wakil-wakil dari 32 Kementerian dan Agensi.

Dalam mesyuarat ini, dua kertas telah dibentangkan iaitu Terma Rujukan Kluster Teras DSN 2030 dan Kerangka Pelan Tindakan DSN 2026 – 2030. Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 yang merupakan dasar payung pembangunan sosial yang holistik bermatlamatkan untuk membina masyarakat yang sejahtera dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Mesyuarat ini menetapkan hala tuju yang jelas dalam memperkukuh pelaksanaan Dasar Sosial Negara 2030 melalui pelan tindakannya serta menyelaras peranan kementerian dan agensi yang terlibat. Usaha ini penting bagi memastikan setiap inisiatif yang dirangka dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, berkesan dan memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat.

ATAS
Accessbility Option