SESI PERBINCANGAN YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT BERSAMA POLITY MALAYSIA
4 September 2025
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan sesi perbincangan bersama Polity Malaysia yang diadakan di Parlimen hari ini.
Sesi ini membincangkan peranan serta inisiatif Polity Malaysia serta membuka ruang kolaborasi strategik di antara kedua-dua pihak. Ini termasuk aspek pemerkasaan khususnya berkaitan wanita, keamanan dan keselamatan (women, peace and security – WPS).
Delegasi dari Polity Malaysia diketuai oleh Puan Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi Eksekutif dan sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita serta wakil dari Bahagian Hubungan Antarabangsa.
KPWKM sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat khususnya kumpulan sasar di bawah Kementerian dilaksanakan secara holistik dan berkesan selari dengan hasrat Malaysia MADANI.