LENSA KPWKM

MESYUARAT MAJLIS WANITA DAN KELUARGA NEGARA (MWKN) BILANGAN 1 TAHUN 2025

Mesyuarat      24 November 2025      Langkawi    

Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Negara (MWKN) Bilangan 1 Tahun 2025

24 November 2025

Usai merasmikan Program Toleransi Sifar Keganasan, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Negara (MWKN) Bilangan 1 Tahun 2025.

Mesyuarat yang berfungsi sebagai platform penyelarasan dasar dan program berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat ini telah dihadiri oleh wakil pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pakar akademik, wakil swasta dan badan bukan Kerajaan (NGO).

Sebanyak dua Kertas Pertimbangan dan dua Kertas Makluman telah dibentangkan dalam mesyuarat kali ini iaitu:

*Kertas Pertimbangan
 
(i) Membina Ekosistem Selamat untuk Wanita: Sinergi Dasar, Komuniti dan Penguatkuasaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
(ii) Pemerkasaan Peranan Wanita dalam Ekosistem Ekonomi Selaras dengan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030 oleh TalentCorp

*Kertas Makluman
 
(i) Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030 oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
 
(ii) Pelan Hala Tuju Kesuburan Negara: Memperkukuh Aspirasi
Reproduktif, Kesejahteraan Keluarga dan Kelestarian Penduduk
Malaysia oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

MWKN menjadi platform penting bagi membincangkan isu – isu berkepentingan, berimpak tinggi serta merentasi agensi berkaitan wanita dan keluarga.

Diharapkan semua ahli mesyuarat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan keputusan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan berkesan.

ATAS
Accessbility Option