KPWKM Aktif Pantau Pelaksanaan 45 Projek Pembangunan Bagi Tahun 2025
27 Mei 2025
KPWKM melaksanakan pemantauan secara berterusan status kemajuan bagi 45 projek di bawah Kementerian untuk tahun 2025 bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut jadual.
YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) KPWKM Bil. 5/2025 bagi mendengar laporan kemajuan 45 projek yang sedang dilaksanakan.
Selain itu, mesyuarat juga memperhalusi tindakan bagi menangani isu atau masalah dasar dan strategi pelaksanaan projek pembangunan di Kementerian demi menjamin kesejahteraan rakyat.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM serta wakil daripada Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).