Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah memeriahkan reruai Jabatan dan Agensi KPWKM bersempena Putrajaya Open Day 2026 (POD 2026).
Sokongan anda semua yang tidak berbelah bahagi dari hari pertama sehingga hari terakhir program menjadi pemangkin kepada kami untuk terus bekerja keras dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan demi memberikan yang terbaik buat rakyat
Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri serta Perbadanan Putrajaya selaku peneraju utama POD 2026 atas ruang dan peluang untuk kami mempromosi dan menyebarluas inisiatif-inisiatif di bawah KPWKM.
Sehingga berjumpa lagi di program seterusnya