LENSA KPWKM

PROGRAM ADVOKASI KESEJAHTERAAN UNTUK WANITA @ KEGANASAN RUMAH TANGGA (AKU WANITA@KRT) NEGERI KELANTAN

Program      6 Ogos 2026      Kelantan    

Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita @ Keganasan Rumah Tangga (AKU WANITA@KRT) Negeri Kelantan

6 Ogos 2026

Usaha memperkasa wanita dan memperkukuh sokongan komuniti dalam menangani isu keganasan rumah tangga terus diperkasa melalui Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita @ Keganasan Rumah Tangga (AKU WANITA@KRT) Negeri Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

Program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), KPWKM ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), YBrs. Puan Hanani binti Sapit.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya wanita, mengenai risiko keganasan dalam era moden yang semakin kompleks, merangkumi penderaan fizikal, emosi, seksual, ekonomi dan psikologi.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 7,391 kes keganasan rumah tangga direkodkan pada tahun 2025, manakala sehingga Jun 2026 sebanyak 4,014 kes telah dilaporkan. Di Kelantan sahaja, sebanyak 270 kes direkodkan pada tahun 2026 berbanding 234 kes pada tahun sebelumnya.

Sehingga 15 Julai 2026, program AKU WANITA@KRT telah dilaksanakan di lapan negeri dengan penyertaan seramai 2,786 peserta.

KPWKM melalui JPW akan terus memperkukuh usaha advokasi, perlindungan dan sokongan kepada wanita menerusi pelbagai inisiatif termasuk Program Matahari, IRIS dan Skuad Waja bagi memastikan setiap wanita yang memerlukan bantuan mendapat perlindungan serta sokongan yang sewajarnya.

ATAS
Accessbility Option