Majlis Perasmian Women Seminar 2025 EmpowerHER: Engage. Energize. Elevate
10 Jun 2025
Hari ini YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyempurnakan Majlis Perasmian Women Seminar 2025 EmpowerHER: Engage. Energize. Elevate - yang berlangsung di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Penganjuran seminar ini adalah selaras dengan pelantikan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri, sebagai penaung kepada Persatuan Alumni Universiti Ohio. Seminar ini adalah hasil kolaborasi KPWKM bersama Persatuan Alumni Malaysia Universiti Ohio, UiTM, dan Universiti Ohio.
Dalam ucapannya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah berkongsi pengalamannya sebagai Menteri dan melahirkan rasa syukur dan dihargai apabila diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada acara yang berprestij ini.
Menurut beliau, pengalaman mengikuti program ini bukan sahaja melatih sikap kepimpinan, malah mendidik beliau bahawa daya tahan dan inovasi merupakan teras utama dalam memperkasakan golongan wanita.
Seminar ini disertai oleh 250 orang peserta dari pelbagai Kementerian, Jabatan, Agensi Institusi Pengajian Tinggi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan. Seminar ini mengetengahkan empat bidang utama berkaitan pemerkasaan wanita seperti berikut:
????Women Leadership and Coaching
????Challenges and Opportunites for Women in Sport
????Strategic Business Approach
????Removing the Glass Ceiling
Turut hadir pada program ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, Associates Professor Datin Dr. Norazida Bt Mohamed, Assistant Vice Chancellor, UiTM Global, Professor Dr Gillian H. Ice, Interim Associate Provost of Global Affairs, Ohio University, Professor Dr. Mohad Anizu Mohd Noor, President of The Ohio University Alumni Association Malaysia Chapter dan pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Agensi.