LENSA KPWKM

KURSUS FORESIGHT & FUTURE THINKING

Latihan      18 Julai 2025      Cyberjaya    

Kursus Foresight & Future Thinking

Kursus Foresight & Future Thinking anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) telah berlangsung dengan jayanya pada 16–17 Julai 2025 di MIGHT, Cyberjaya. Kursus ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta dari KPWKM terdiri daripada pembuat dasar dan pegawai strategik di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

Matlamat utama kursus ini adalah untuk memperkukuh keupayaan berfikir ke hadapan dalam kalangan penjawat awam KPWKM, khususnya dalam membangunkan Pelan-Pelan Strategik serta dasar Kementerian agar lebih holistik dan kalis masa hadapan.

Menerusi kursus ini, peserta didedahkan kepada konsep pemikiran foresight, teknik penetapan senario, analisis megatrend serta cara mengenal pasti peluang dan risiko masa hadapan. Ilmu ini amat penting dalam merancang dasar yang bukan sahaja responsif terhadap isu semasa, tetapi juga adaptif terhadap ketidaktentuan perubahan landskap sosioekonomi, teknologi global serta cabaran jangka panjang.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM. Dalam ucapannya, beliau turut menekankan bahawa pemikiran strategik dan bertransformasi bukan lagi satu kehendak tetapi juga merupakan satu keperluan mendesak dalam membangunkan dasar yang mampu memacu negara ke arah masa depan yang lebih inklusif, berdaya tahan dan lestari selaras dengan inisiatif kerajaan dalam mentransformasikan perkhidmatan awam yang cekap, mapan dan berdaya saing.

ATAS
Accessbility Option