3 Mac 2025M bersamaan 2 Ramadan 1446H telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan 1446H / 2025M bertempat di Lobi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM yang sudi meluangkan masa beramah mesra dan mengedarkan buah kurma kepada warga kementerian yang turut hadir bagi menjayakan majlis pelancaran ini. YBhg Datuk Dr. KSU juga telah sudi meluangkan masa melawat Surau Al-Hasanah yang akan menjadi lokasi utama 10 siri program Tazkirah Ramadan kali ini. Pelbagai program telah dirancang untuk dilaksanakan seperti Tadarus Al-Quran, Agihan Juadah Berbuka, Kuiz Ramadan, Khatam Quran, Majlis Berbuka Puasa dan World Quran Hour.
Semoga dengan pelancaran program yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
LENSA KPWKM
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN 1446H 2025M KPWKM
Program 3 March 2025 KPWKM