LENSA KPWKM

SIMPOSIUM PERJAWATAN SEKTOR AWAM 2026

Program      11 Ogos 2026      Putrajaya    

Simposium Perjawatan Sektor Awam 2026

11 Ogos 2026

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah menghadiri Majlis Perasmian Simposium Perjawatan Sektor Awam yang bertemakan Meneroka Masa Depan Pekerjaan Sektor Awam. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) yang mewakili YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Simposium ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Pengurus Sumber Manusia Kementerian dan Agensi berhubung trend pekerjaan masa hadapan serta impaknya kepada penyampaian perkhidmatan sektor awam negara.

Antara topik menarik yang diketengahkan sepanjang simposium ini adalah berkaitan Keterhubungan Global dan Perubahan Masyarakat: Persediaan Masa Depan Pekerjaan Sektor Awam serta IR4.0 ke IR5.0: Ekspektasi Persekitaran Kerja Masa Depan Sektor Awam.

Tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atas penganjuran simposium ini.

ATAS
Accessbility Option