LENSA KPWKM

MAJLIS APRESIASI RAKAN STRATEGIK YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA (YKN)

Program      20 November 2025      Kuala Lumpur    

Majlis Apresiasi Rakan Strategik Yayasan Kebajikan Negara (YKN)

20 November 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Rakan Strategik bagi menghargai sumbangan dan kerjasama pelbagai pihak dalam memperkukuh usaha kebajikan dan pembangunan sosial negara.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. Antara pengisian utama majlis termasuk penyampaian Sijil Penghargaan kepada 16 rakan strategik YKN serta penyerahan Sumbangan Kasih Fun Run 2025 kepada Persatuan Pelari Anak Luar Biasa sebagai simbol sokongan terhadap inklusiviti dan pembangunan komuniti.

Majlis turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Penyambungan Projek Bantuan Kemanusiaan Pelarian yang dibiayai oleh Qatar Fund For Development (QFFD), serta serahan dokumen perjanjian kepada Qatar Charity Berhad sebagai rakan pelaksana projek.

Peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut diberi penekanan sebagai rakan strategik utama dalam pelaksanaan program kebajikan di peringkat akar umbi. NGO berperanan menyampaikan bantuan secara langsung kepada golongan rentan, menjadi penghubung antara dasar kerajaan dan keperluan masyarakat, serta menyumbang kepakaran dan sumber dalam bidang sosial, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, YBrs Puan Nordina Harun, bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian dan wakil agensi yang terlibat dalam pembangunan sosial dan kebajikan masyarakat.

ATAS
Accessbility Option