LENSA KPWKM

PERTANDINGAN POLISI SOSIAL PIALA KPWKM 2025 CETUS PEMIKIRAN DASAR BAHARU DALAM KALANGAN MAHASISWA

Program      5 November 2025      Kuala Lumpur    

Pertandingan Polisi Sosial Piala KPWKM 2025 Cetus Pemikiran Dasar Baharu Dalam Kalangan Mahasiswa

5 November 2025

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, hari ini telah merasmikan Pertandingan Polisi Sosial Piala KPWKM 2025 yang julung kali diadakan di Universiti Malaya.

Pertandingan anjuran bersama Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) ini bertujuan melatih pelajar dan penyelidik muda dalam menilai dasar sosial negara secara kritikal serta mencadangkan penyelesaian inovatif dan berimpak tinggi terhadap isu masyarakat.

Sebanyak 10 kumpulan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara menyertai pertandingan ini, termasuk Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pagoh), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Mersing, dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Pertandingan seperti ini menjadi jambatan penting antara dunia akademik dan kerajaan dalam membentuk pemikiran dasar yang lebih menyeluruh dan berpaksikan realiti masyarakat.

Bertemakan Dasar Sosial Negara 2030 (DSN 2030), pertandingan ini mencerminkan satu ekosistem ilmu yang hidup, di mana pengetahuan akademik bertemu dengan dasar awam dan menghasilkan pemikiran dasar yang berasaskan bukti serta memahami keperluan komuniti serta memandu pembangunan sosial negara ke arah masyarakat sejahtera, inklusif dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Mahasiswa diseru agar terus mengasah pemikiran kritikal dan keberanian intelektual serta menggunakan platform seperti ini untuk membawa suara masyarakat ke meja dasar dan pembangunan polisi.

ATAS
Accessbility Option