Lawatan YB Menteri KPWKM Ke Hospital Lahad Datu, Sabah
14 Mac 2026
Keceriaan jelas terpancar di wajah pesakit kanak-kanak yang berada di wad kanak-kanak di Hospital Lahad Datu apabila menerima kunjungan YB Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dalam Sesi Lawatan dan Ramah Mesra bersama Pesakit Wanita dan Kanak-Kanak.
Seramai 60 pesakit kanak-kanak menerima sumbangan daripada YKN sebagai sebahagian daripada inisiatif keprihatinan sosial bagi meringankan beban keluarga yang sedang melalui tempoh rawatan di hospital.
Selain itu, 40 ibu yang baharu melahirkan turut menerima sumbangan sebagai tanda sokongan dan semangat kepada mereka dalam melalui fasa awal kehidupan bersama cahaya mata.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan serta menceriakan hari mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Turut sama hadir ialah YB Datuk Rina Hj. Jainal, Pembantu Menteri Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, serta Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif YKN.