LENSA KPWKM

PROGRAM HARI PSIKOLOGI KPWKM 2025

Program      23 Oktober 2025      KPWKM    

Program Hari Psikologi KPWKM 2025

23 Oktober 2025

YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM hari ini telah menyempurnakan Program Hari Psikologi KPWKM 2025 yang telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPWKM bertempat di Dewan Perdana Nur, KPWKM.

Penganjuran Hari Psikologi ini merupakan program tahunan sempena Bulan Kesihatan Mental dan Bulan Kaunseling Kebangsaan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga kementerian tentang aspek keseimbangan emosi bagi melestarikan kesejahteraan psikologi yang seimbang.

Bertemakan *Lentera Jiwa, Mencipta Bahagia* program ini dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik antaranya reruai pameran agensi seperti PDRM, PTPTN, NCEMH, YKN, CelcomDigi, dan MAINS serta aktiviti psikoterapi santai berkaitan kesejahteraan mental. Selain itu, turut diadakan sesi ceramah yang disampaikan oleh Da’i Izzhar Nazri, pendakwah selebriti dan Tuan Norazman Amat, Pengarah Jabatan Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Program ini juga menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada Mentor Menti Tahun 2024 dan 2025, Penyerahan Watikah Pelantikan Pementoran Kepimpinan 2025-2026 dan Penyerahan Sijil Penghargaan kepada AJK AKRAB KPWKM.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program hari ini. Program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan KPWKM dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan melahirkan warga kerja yang sejahtera secara menyeluruh dari aspek fizikal, mental dan emosi.

ATAS
Accessbility Option