Majlis Istiadat Penganugerahan Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo INTAN 2025
19 Ogos 2025
Pada hari ini, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menghadiri Majlis Istiadat Penganugerahan Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam dan Felo INTAN 2025 yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Seramai dua orang pegawai KPWKM telah dianugerahkan DPA iaitu Nur Raihana binti Abdul Rahim dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik serta Johan bin Bolong dari Jabatan Pembangunan Wanita.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang berjaya menamatkan Program Kadet PTD. Semoga dapat melakar kecemerlangan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik dan terus berkhidmat dengan penuh berdedikasi.