Showcase Teknologi (ShowTech) MARDI 2025
29 Mei 2025
Seramai 21 orang warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai Showcase Teknologi (ShowTech) MARDI 2025 yang bertemakan ‘Peneraju Inovasi Agroteknologi’. Showcase ini diadakan bermula 29 Mei hingga 2 Jun di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dan Ibu Pejabat MARDI, Serdang.
Pelbagai teknologi dan inovasi pertanian hasil penyelidikan MARDI dipamerkan kepada masyarakat dan pemain industri. Warga KPWKM berkesempatan melawati Kilang Tanaman MARDI bagi melihat proses penanaman sayur hidroponik secara Deep Flow Technique. Penerangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Munirah binti Mohamad, Pegawai Penyelidik Agriculture Sciences.
Warga KPWKM turut menyertai proses menuai (harvest) kobis bulat, jagung dan kacang panjang di HortValley dan berpeluang membeli barang-barang jualan seperti buah-buahan, sayuran segar dan anak pokok dengan harga yang sangat berpatutan.
Selain itu, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan di Dewan C dan kawasan sekitar Kompleks Dewan Pameran di MAEPS seperti pameran mesin pertanian serta kawasan Coffee Corner & Cafe’s, Jualan Agro Madani dan Food Truck Fiesta.
Jom bersama kita terokai inovasi agroteknologi!