KPWKM MEMPERKASA PERKHIDMATAN PENJAGAAN DI 2025 WORLD EXPO OSAKA JAPAN
30 Jun 2025 I Osaka
KPWKM telah meneraju Minggu ke12 2025 World Expo Osaka Japan dengan tema Health and Wellbeing. Sebanyak 10 buah syarikat yang berkaitan dengan penjagaan telah dilibatkan dalam menjayakan minggu ke-12 ini.
Objektif penglibatan KPWKM dalam 2025 Osaka World Expo bertujuan memartabatkan perkhidmatan penjagaan di peringkat global dan pada masa yang sama mempromosi perkhidmatan penjagaan yang sedang berkembang di Malaysia.
Bertepatan dengan objektif tersebut juga, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) turut mempromosikan program MamaCare manakala Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mengetengahkan produk pembuatan kraftangan Program Laman Wanita (LAWA).
Pada hari ini telah bermula promosi program dan aktiviti penjagaan daripada KPWKM dan juga pemain industri. Reruai daripada KPWKM yang dibuka bermula dari pukul 9.00 pagi telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung ke Pavilion Malaysia.