LENSA KPWKM

ISM EXECUTIVE TALK - MASA DEPAN POPULASI MALAYSIA CABARAN DEMOGRAFI DAN KESIHATAN REPRODUKTIF

Program      22 Oktober 2025      Shah Alam, Selangor    

ISM EXECUTIVE TALK - MASA DEPAN POPULASI MALAYSIA CABARAN DEMOGRAFI DAN KESIHATAN REPRODUKTIF

YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan ISM Executive Talk Siri 6/2025 - Masa Depan Populasi Malaysia Cabaran Demografi dan Kesihatan Reproduktif di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Program ini merupakan wadah ilmiah bagi membincangkan cabaran negara menuju status populasi menua menjelang 2030, termasuk implikasi terhadap kesihatan awam dan sosial bagi menyebarkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kesedaran, memberi akses kepada perkhidmatan kesihatan, dan sebagai sokongan sosial agar generasi muda lebih cakna dan faham untuk membuat keputusan reproduktif secara bebas, selamat dan jelas. Antara isu yang dibincangkan termasuk ancaman mikroplastik terhadap kesihatan reproduktif, yang semakin mendapat perhatian global, seperti dilaporkan oleh UNEP dan WHO.

KPWKM meneruskan langkah-langkah proaktif dalam menangani cabaran demografi dan kesihatan, antaranya melalui penggubalan Dasar Keluarga Negara (DKN) untuk memperkukuh institusi keluarga, Pelan Tindakan Warga Emas Nasional (PTWEN) 2026-2030 bagi menghadapi realiti negara menua dan melaksanakan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI) yang mensasarkan 30,000 pasangan penerima manfaat pada tahun 2025.

ISM akan sentiasa bergerak di hadapan sebagai institut latihan dalam melaksanakan Kursus Peningkatan Kemahiran Penjaga (Caregivers) bagi meningkatkan kemahiran penjaga dalam menghadapi negara menua.

Bersempena program ini, YB Timbalan Menteri telah melancarkan penerbitan “Tinta Nurani: Wadah Ilmu dan Inspirasi” merupakan koleksi penulisan yang menyebarluaskan ilmu kesihatan mental kepada masyarakat yang diilhamkan oleh Jabatan Psikiatri HASA. Turut diadakan, peluncuran Majalah Paradigma Sosial merupakan Majalah separa akademik yang diterbitkan oleh ISM secara berkala setahun sekali yang memuatkan artikel berkaitan isu-isu sosial yang berlaku dalam persekitaran masyarakat.

ATAS
Accessbility Option