LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT PERTUBUHAN GENERASI ASPIRASI PEMIMPIN WANITA MALAYSIA (GAP.MY) KE ATAS YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI, MENTERI PWKM

Mesyuarat      16 Mac 2026      KPWKM    

KUNJUNGAN HORMAT PERTUBUHAN GENERASI ASPIRASI PEMIMPIN WANITA MALAYSIA (GAP.MY) KE ATAS YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT

16 Mac 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Generasi Aspirasi Pemimpin Wanita Malaysia (GAP.MY) di Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Delegasi tersebut diketuai oleh Presiden GAP.MY, YB Puan Sri Bibi Sharliza Binti Mohd Khalid. Pertemuan ini bertujuan membincangkan ruang kerjasama strategik antara GAP.MY bersama pihak kementerian serta agensi-agensi di bawahnya.

Fokus utama perbincangan tertumpu kepada usaha memperkasa peranan wanita serta memperkukuh agenda pembangunan komuniti secara menyeluruh. Sesi ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik serta Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

KPWKM menyambut baik inisiatif ini dan kekal komited dalam menyokong setiap usaha bagi memartabatkan kedudukan serta peranan wanita di Malaysia.

ATAS
Accessbility Option