LENSA KPWKM

KPWKM SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025

Program      31 Ogos 2025      Putrajaya    

KPWKM Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025

31 Ogos 2025

Hari Kebangsaan 2025 diraikan dalam suasana penuh kemeriahan dengan semangat luar biasa rakyat Malaysia yang mula membanjiri Dataran Putrajaya seawal pagi lagi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di samping kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia serta barisan pimpinan negara.

Bertemakan “Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni”, sambutan hari ini menyaksikan warna-warni acara perarakan dan perbarisan melibatkan 81 kontinjen dengan 14,062 peserta, penyertaan 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset darat dan udara, serta 116 ekor haiwan dalam perkhidmatan awam. Persembahan “Citra MADANI” turut menjadi tumpuan dengan menampilkan kepelbagaian tarian tradisional di Malaysia.

KPWKM turut sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ini dengan kehadiran YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM.

Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang mencerminkan ikatan perpaduan rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu hati demi kedaulatan negara. Sambutan Hari Kebangsaan 2025 ini juga menjadi wadah untuk kita menghayati erti sebenar kemerdekaan serta menzahirkan rasa cinta terhadap tanah air.

ATAS
Accessbility Option