LENSA KPWKM

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KONVENSYEN TENTANG PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP WANITA (CEDAW) BIL. 12025

Mesyuarat      15 Disember 2025      KPWKM    

KPWKM perkemas pelaksanaan komitmen CEDAW melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Konvensyen Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Bil. 1/2025

15 Disember 2025

Hari ini, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Konvensyen Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). Mesyuarat ini merupakan platform utama bagi menyelaras pelaporan serta pelaksanaan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) di peringkat nasional.

Jawatankuasa Kerja CEDAW berfungsi sebagai mekanisme penyelarasan yang meneliti, membincang dan menyelaras isu-isu berkaitan pelaksanaan CEDAW, selaras dengan Terma Rujukan (TOR) yang menetapkan mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun atau mengikut keperluan.

Mesyuarat ini juga memberi tumpuan khusus kepada penyelarasan tindakan susulan terhadap Concluding Observations, termasuk empat isu segera yang perlu dilaporkan semula kepada Jawatankuasa CEDAW pada Mei 2026. Perbincangan serta kerjasama rentas kementerian dan agensi ini diharapkan dapat memperkukuh pelaksanaan CEDAW secara lebih bersepadu, sistematik dan berimpak, demi memperkasa pemajuan hak wanita di Malaysia.

ATAS
Accessbility Option