ASEAN Workshop : Strengthening Cross-Border Coordination, Protection and Care for Children in the Context of Migration
8 - 12 Disember 2025
Delegasi Malaysia yang terdiri daripada pegawai KPWKM, JKM, JPW dan UNICEF Malaysia telah menghadiri ASEAN Training Workshop: Strengthening Coordination, Protection and Care for Children in the Context of Migration yang bertujuan meningkatkan koordinasi antara agensi serta keupayaan perlindungan kanak-kanak migran di rantau ASEAN.
Penyertaan ini telah memberikan input berguna kepada Malaysia dalam menambah baik sistem rujukan, memperkukuh kapasiti pegawai barisan hadapan dan mengeratkan kerjasama teknikal dengan UNICEF bagi memastikan respons perlindungan kanak-kanak yang lebih menyeluruh.