LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT OLEH RT HON BARONESS JACQUI SMITH, MINISTER OF STATE (MINISTER FOR SKILLS) IN THE DEPARTMENT FOR EDUCATION KE ATAS YB MENTERI KPWKM

Mesyuarat      1 Ogos 2025      Kuala Lumpur    

KUNJUNGAN HORMAT OLEH RT HON BARONESS JACQUI SMITH, MINISTER OF STATE (MINISTER FOR SKILLS) IN THE DEPARTMENT FOR EDUCATION KE ATAS YB MENTERI KPWKM

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada YB Rt Hon Baroness Jacqui Smith, Minister of State (Minister for Skills) in the Department for Education dan His Excellency Ajay Sharma CMG, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia serta delegasi dari Department for Education, Britain dan Suruhanjaya Tinggi Britain.

Kunjungan hormat ini bagi memperkukuh kerjasama Malaysia-Britain berkenaan hal ehwal wanita terutamanya berkaitan kesaksamaan gender dan penglibatan wanita dalam politik. Sesi ini juga menjadi platform dua hala untuk memperkukuhkan peranan wanita di peringkat nasional dan antarabangsa.

Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini ialah, YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) dan wakil-wakil daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik serta Bahagian Hubungan Antarabangsa.

KPWKM amat mengalu-alukan dan kekal komited dalam menjalin hubungan kerjasama demi kebajikan dan pembangunan masyarakat terutamanya kumpulan sasar Kementerian.

ATAS
Accessbility Option